Rabu, 12 Ogos 2015

Rakyat tiada disiplin diri, kerajaan perlu kawal media sosial, kata menteri

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Putrajaya perlu merangka undang-undang untuk membendung sebaran penipuan di media sosial kerana rakyat Malaysia tidak ada disiplin diri dan sering berkongsi berita palsu, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.
 
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata, beliau bingung dengan hakikat ramai rakyat Malaysia terus menerus menyebarkan berita yang sudah jelas tidak benar.
 
“Itu yang saya tidak faham. Saya sedang cuba untuk faham jiwa rakyat Malaysia. Mengapa walaupun anda tahu cerita itu pelik, anda tahu ia tidak benar, tetapi anda masih mahu menyebarkannya dalam kumpulan Whatsapp dan sebagainya.
 
“Itu sifat semula jadi kita. Jadi jika kita tidak boleh ada disiplin diri, maka kerajaan perlu masuk campur,” katanya pada majlis pra pelancaran Kayuhan Hari Malaysia 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
 
Rahman bagaimanapun menafikan pengenalan undang-undang untuk mengawal Internet bersifat politik, berkata penyebaran penipuan dan fitnah mengancam keselamatan dan kestabilan negara serta ekonomi.
 
Beliau berkata, ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk melindungi Malaysia daripada musnah akibat penipuan di media sosial. 


Tiada ulasan: