Ahad, 30 Ogos 2015

Polis PP kenal pasti peserta BERSIH 4

MALAYSIAKINI





Polis sedang mengenal pasti kumpulan lebih kurang 150 orang berpakaian warna kuning yang membawa sepanduk Bersih 4 kerana membuat perhimpunan tanpa permit.

Mereka yang mula bergerak seawal 8.30 pagi dari Pasar awam Kampung Baru ke beberapa kawasan tumpuan orang ramai termasuk Pasar Awam Sri Rambai, pusat membeli-belah Sunway, Autocity dan persimpangan Bukit Minyak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor yang mengesahkan himpunan tersebut berkata polis sedang memantau pergerakan mereka dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan.

"Mereka ini telah berhimpun tanpa permit dan hasil pemantauan anggota kami mendapati mereka telah bersurai 4 petang tadi.

"Kami sedang kenal pasti dan tidak menolak kemungkinan akan membuka siasatan terhadap mereka," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Bukit Mertajam hari ini.- Bernama


Tiada ulasan: