Ahad, 2 Ogos 2015

Pintu pesawat ditemui di Pulau Reunion

MH370


LA REUNION - PERANCIS. Pihak berkuasa Saint Andre hari ini melaporkan penemuan satu lagi serpihan berupa pintu pesawat pada awal pagi ini di Pulau Reunion.

Memetik laporan portal antarabangsa hari ini,objek tersebut ditemui di lokasi berasingan dengan penemuan serpihan pesawat yang lepas.

Penemuan tersebut sekali lagi dikaitkan dengan kontroversi kehilangan pesawat MH370 yang masih kekal misteri sehingga kini.

“Serpihan tersebut dilaporkan diterbangkan ke Paris hari ini untuk pemeriksaan lanjut.

“Pasukan penyiasat kini sedang bekerja keras untuk memastikan sama ada serpihan tersebut milik MH370 atau tidak,” kata laporan portal tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN: Aziz Kaprawi: Serpihan sah milik Boeing 777]

Sejak beberapa hari lalu, negara dihebohkan dengan penemuan serpihan pesawat di La Reunion Island, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.

Beberapa imej serpihan bangkai dipercayai daripada sirip Boeing 777 tersebar dalam pelbagai media sosial, memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang itu.

Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai berkata pada hari Sabtu bahawa pasukan penyiasat dihantar ke Reunion untuk melakukan siasatan terhadap serpihan badan pesawat terdahulu.


Tiada ulasan: