Rabu, 19 Ogos 2015

Pelan 'Low Yat 2' dibentang dalam mesyuarat pasca Kabinet esok - Menteri

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membentangkan pelan pembangunan pusat jualan komputer dan elektronik ala Low Yat di Bangunan MARA dalam mesyuarat pasca Kabinet esok.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah langkah pertama bagi memastikan pembinaan pusat itu dapat dipercepatkan dan menjadi realiti.
 
Terdahulu Ismail mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di Jalan Raja Laut.
 
Pembukaan pusat itu turut diharap akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.
 
Mengikut pelan yang dicadangkan, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.
 
Namun cadangan itu dibantah oleh MCA yang menyifatkan ia hanya akan menjejaskan hubungan kaum.
 
Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, cadangan untuk membuka pusat beli-belah untuk bumiputera sahaja sebagai 'pendekatan bermusuhan', sebaliknya ia harus terbuka kepada semua kaum.
 
 

Tiada ulasan: