Selasa, 25 Ogos 2015

PAS Selangor tidak mahu beri laluan kepada GHB pada PRU



Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015.Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015. 
 
 
PAS Selangor tidak akan berkompromi dengan ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) jika mereka mahu turut bertanding di kawasan yang ditandingi calon PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 
"Kalau mereka anggap PAS akan beri laluan pada pilihan raya umum akan datang, PAS tidak akan beri laluan sebab itu kerusi kita," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
 
Katanya jika ahli GHB bercadang untuk bertanding pada pilihan raya, adalah lebih baik mereka bertanding di kerusi yang tidak ditandingi calon PAS.

"30 tahun akan datang sejarah akan mengingati GHB sebagai parti yang memenangkan BN dalam PRU akan datang dan inilah faktor kekalahan kalau berlaku pertandingan 3 penjuru," kata Mohd Khairuddin pada sidang media hari ini. 
 
Ditanya mengapa PAS tidak memecat serta-merta ahli yang meletak jawatan dan menyertai GHB, Mohd Khairuddin berkata Perlembagaan PAS menyebut bahawa keahlian akan terlucut dengan sendirinya apabila mana-mana ahli menyertai parti lain.
 
"Jika gentleman kosongkan kerusi (bagi Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Parlimen yang berhasrat sertai GHB), ...biar rakyat tentukan," katanya sambil mendakwa anggota GHB seolah-olah bertindak seperti jurucakap kepada DAP yang menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan.
 
Semalam, sebanyak 18 AJK PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan bagi menyertai GHB. Sebelum ini beberapa pemimpin PAS kawasan Shah Alam, Kota Raja, Klang dan Kapar juga meletak jawatan. – Bernama


Tiada ulasan: