Ahad, 2 Ogos 2015

PAS minta Najib jawab 10 soalan objektif

Menurut Timbalan Presiden Pas, lebih elok Najib menjawab soalan-soalan objektif yang diberikan daripada terus menyalahkan rakyat.


Tuan-Ibrahim_najib_600


PETALING JAYA: Kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan malah mengelak dari menjawab isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi punca keyakinan rakyat terhadapnya kini semakin merosot.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mendapatkan jawapan yang jelas, beliau memberikan 10 soalan objektif bagi memudahkan Najib menjawabnya.

“Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Najib. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut?” soalnya.

Menulis di status Facebook miliknya, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan versi manakah yang betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut.

Bahkan, beliau juga menggesa agar Najib menjawab persoalan apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan dan adakah Najib yang meluluskannya.

“Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?.

“Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang dibeli daripada 1MDB.

“Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.

Siapa yang sedang berbohong?” soalnya.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim turut mendesak agar Najib menjawab sama ada adakah beliau sudah memutuskan untuk mengambil tindakan saman terhadap portal berita Wall Street Journal (WSJ).

“Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?

“Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?

“Apakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?” ujarnya.

Berikut 10 soalan objektif yang dikemukakan kepada Najib :
  1. Apakah akaun Ambank yang didedahkan itu milik Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak
2. Apakah ada duit RM2.6 bilion masuk ke akaun tersebut, Datuk Seri?
A. Ya
B. Tidak
3. Versi di manakah betul mengenai kontroversi RM2.6 bilion yang masuk ke akaun-akaun tersebut?
A. Versi Wall Street Journal – RM2.6 bilion duit 1MDB masuk ke akaun 1MDB
B. Versi Tan Sri Muhyiddin Yassin – ada dana RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi PM
C. Versi Datuk Seri Azalina Othman – wang RM2.6 bilion di dalam akaun bukan masalah
D. Versi Datuk Ahmad Maslan – tiada wang 1MDB masuk ke akaun PM
E. Versi Tun Dr Mahathir – duit itu untuk pilihanraya
F. Versi jawapan asal Datuk Seri – Saya tidak menggunakan duit itu untuk saya sendiri
4. Hari ini Datuk Seri berkata 1MDB bukan duit pembayar cukai. Apakah ada hutang 1MDB dijamin kerajaan  dan Datuk Seri yang meluluskannya?
A. Ya
B. Tidak
5. Kerajaan telah memberikan suntikan dana RM950 juta sebagi kredit tunggu-sedia kepada 1MDB pada Mac 2015 yang lalu? Bukankah dana itu ialah duit rakyat?
A. Ya
B. Tidak
6. Pada 9 Mei 2015, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim berkata bahawa TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan satu plot tanah di TRX yang diberli daripada 1MDB.
Hari ini 1 Ogos 2015, Najib berkata jika TH menjual tanah itu, maka yang akan rugi ialah pendeposit.
Siapa yang sedang berbohong?
A. Datuk Seri Najib Razak
B. Datuk Abdul Azeez Rahim
7. Apakah saman WSJ ke belum?
A. Belum
B. Sudah
8. Apakah ahli-ahli kabinet yang lain perlu mendapatkan maklumat mengenai 1MDB daripada akhbar The Edge seperti Tan Sri Muhyiddin?
A. Ya
B. Tidak
9. Apakah Datuk Seri akan membantah keputusan menangguhkan persidangan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi membolehkan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO syarikat itu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi membersihkan diri dan 1MDB secepat mungkin?
A. Ya
B. Tidak
10. Apakah Datuk Seri bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa berbicara mengenai 1MDB kini ialah satu jenayah?
A. Ya
B. Tidak