Sabtu, 1 Ogos 2015

Pas Kelantan kenal pasti ahli khianati parti

FREE MALAYSIA TODAY

Ia menggunakan kaedah mata dan telinga di setiap cawangan untuk kenal pasti mereka yang terlibat dengan GHB


yaakod,pas,kelantan


KOTA BHARU – Pas Kelantan sedang mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu 9(GHB) yang dikatakan akan menubuhkan parti berasingan pada September depan.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai ‘mata dan telinga’ di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada Pas negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat untuk tindakan lanjut.

“Kami sedang memerhati (ahli nak sertai Harapan Baharu). Kalau ikut perlembagaan‎ parti, negeri atau dewan-dewan boleh melapor kepada Pas pusat apabila ada anggotanya telah melakukan sesuatu perlanggaran akhlak dengan parti dan Jawatankuasa Tatatertib akan buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Pas cawangan Kedai Mulong.

Pada majlis berkenaan, kira-kira 100 ahli Pas cawangan yang diketuai‎ Ketua Pas cawangan Kedai Mulong, Mohamad Abdullah turut melafazkan ikrar taat setia untuk terus bersama-sama dan mengukuhkan perjuangan parti.

Khamis lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai‎ berkata, Pas akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan ahli parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Harapan Baharu.‎-BERNAMA

Tiada ulasan: