Isnin, 3 Ogos 2015

Pak cik sultan Terengganu keluar PAS

MALAYSIAKINI



 
 
Bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail hari ini mengumumkan keluar PAS.

Beliau yang sudah beberapa tahun menjadi ahli parti Islam itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan muktamar lalu yang menolak kumpulan profesional.

Katanya, hasil dari muktamar itu menyebabkan terdapatnya pergolakan dalaman yang menyebabkan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif.

“Saya rasa dukacita di atas pergolakan politik dalaman PAS. Saya merasakan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuk saya terus berada dalam PAS walaupun sebagai ahli biasa,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas lanjut ketika dihubungi Malaysiakini, katanya, beliau impikan terdapat 30 peratus kumpulan profesional dalam parti Islam itu.

“Kita lihat yang tidak dipilih dalam PAS itu yang banyak bercakap dan berhujah di parlimen, tetapi (mereka) dibuang begitu sahaja.

“(Saya) kecewa dan tak kena pada saya. Mana-mana parti pun berkongsi (kepimpinan). Kepimpinan akan kuat. Kita nak kedua-dua pihak (ulama dan profesional),” katanya lagi.

Tiada kaitan dengan isu Raja Bahrin

Beliau berkata keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan keputusan PAS Kuala Terengganu yang memutuskan hubungan dengan anggota parlimen kawasan itu, yang juga anak saudaranya Datuk Raja Bahrin semalam.

PAS kawasan itu mengambil tindakan tersebut kerana mendakwa Raja Bahrin telah menerima jawatan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB).

Dok (tidak), dok, saya dah buat keputusan ini (keluar PAS) sebelum ini lagi. Bukan kerana Raja Bahrin (gambar),” katanya.

Tengku Ibrahim bagaimanapun berkata PAS sendiri akan rugi besar jika menyingkirkan Raja Bahrin.

Lagi pun, katanya, status Gerakan Harapan Baru yang disertainya masih lagi sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Biar (GBH) settle down dahulu, kita tunggu dan lihat apa dia punya polisi dia, tujuan dan matlamat parti baru mahu ditubuhkan,” katanya.
 

Tiada ulasan: