Rabu, 19 Ogos 2015

NGO desak SKMM sekat akses Malaysiakini

MALAYSIAKINI





NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya menyekat akses kepada portal berita Malaysiakini serta merta.

Penasihatnya Ramesh Rao mendakwa sejak pilihan raya umum ke-13, portal berita itu menyiarkan berita yang didakwanya "bercanggah, memeningkan, dan fitnah".

Walaupun pembetulan dibuat, beliau berkata pembaca akan menganggap bahawa artikel awal itu betul dan pindaan berikutnya adalah hasil daripada tekanan dan ancaman kepada penerbitan itu.

"Berita pertama adalah yang diterima, yang dianggap benar oleh rakyat Malaysia yang propembangkang.

"Bagi mereka, selepas diedit dah, ‘oh ini diugut, oh ini ada orang dah telefon, ini dia dah tunduk kepada desakan," katanya kepada pemberita hari ini

"Dan bila Malaysiakini buat ralat, (letak) dekat bawah (dalam) kolum yang kecil saja. Dia tak mohon maaf secara terbuka, tidak buat kenyataan yang konsisten. Tak nampak," katanya.


Tiada ulasan: