Rabu, 12 Ogos 2015

MIC senarai 2,800 cawangan hadapi pemilihan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA:  MIC sedang memuktamadkan senarai mengandungi lebih 2,800 cawangan sebagai persediaan menghadapi pemilihan parti itu pada 6 September depan, kata pemangku Presidennya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
 
Beliau berkata, keputusan yang bakal dibuat oleh cawangan-cawangan berkenaan adalah muktamad dan bakal menentukan masa depan parti berusia 68 tahun itu.
 
Katanya, beliau berharap kemelut parti itu akan selesai dalam tempoh dua bulan selepas semua proses pemilihan di peringkat bahagian dan pusat selesai.
 
"Parti akan kembali normal. Kemelut ini hanya sementara dan saya percaya MIC akan pulih dalam tempoh dua bulan," katanya yang juga Menteri Kesihatan kepada pemberita selepas sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
 
Pencalonan rasmi bagi jawatan nombor satu parti itu akan diadakan pada 21 Ogos ini dan pemilihan dijalankan pada 6 Sept sekiranya ada calon yang bertanding jawatan itu.
 
Mengulas mengenai pemilihan yang diadakan oleh penyokong bekas presiden parti Datuk Seri G. Palanivel, Dr Subramniam berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) tahu keputusan pemilihan mana yang akan diiktiraf.
 
"RoS tahu mengenai perkara itu. RoS sudah lama ada keputusan pihak mana yang diiktiraf," katanya.
 
Penyokong Palanivel mengadakan pemilihan dua hari lepas di Sentul dengan Palanivel yang juga bekas menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diisytiharkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden MIC bagi penggal 2013-2016.
 
Kemelut MIC berpunca daripada perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis lepas yang meminta parti itu mengadakan pemilihan semula.
 
Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah dalam surat bertarikh 25 Jun kepada setiausaha agung jawatankuasa kerja pusat (CWC) sementara MIC bagi 2009, A.Sakthivel, menyatakan bahawa secara "ipso facto", Palanivel bukan lagi anggota MIC, dan Dr Subramaniam ditugaskan memangku jawatan presiden

Tiada ulasan: