Isnin, 3 Ogos 2015

MH370 : Objek ditemui bertulisan Cina, Melayu

MH370 : Objek ditemui bertulisan Cina, Melayu
Objek dipercayai daripada besi yang ada corak dengan tulisan Cina dan Melayu.
 
 
LA REUNION – PERANCIS.  Sebuah portal berita antarabangsa, Sky News hari ini melaporkan terdapat objek dipercayai daripada besi yang ada corak dengan pemegang yang kelihatan diperbuat daripada kulit atau plastik ditemui di pantai La Reunion dengan tulisan Cina dan Melayu.

Memetik laporan Sky News, wartawannya yang bertugas di lokasi, David Bowden memberitahu objek itu ditemukan di lokasi yang berbeza dengan sayap pesawat Boeing 777, beberapa hari lalu.

Gambar objek besi yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 itu dirakam sebelum diambil oleh pihak polis

“Bowden memberitahu meskipun tidak dapat disahkan objek itu dari pesawat malang MAS atau Boeing 777, ia memiliki tulisan China dan Melayu padanya dan mereka agak ia berasal dari dalam pesawat,” lapor portal berita itu.

Bowden dikatan cuba mendapatkan kenyataan daripada pegawai bertugas di Reunion namun pegawai tersebut hanya berkata, ‘no comment’.

Pihak berkuasa Saint Andre melaporkan penemuan satu lagi serpihan berupa pintu pesawat pada awal pagi ini di Pulau Reunion.


Tiada ulasan: