Selasa, 25 Ogos 2015

Memperjuangkan kepentingan rakyat lebih mulia dari memperjuangkan kepentingan Najib.

sakmongkol.blogspot.com



Bahagian ke-2, saya tulis dalam Bahasa Melayu. Mudah2an ia nya dibaca oleh orang Melayu. Melayu yang diharamjadahkan, Melayu yang dipapa kedanakan, Melayu yang dibangsat.

Inilah istilah dari orang yang sakit jiwa.

Masih ada harapan golongan progresif dalam UMNO masih ada.

Saya berasa gembira melihat tahap kesedaran Melayu UMNO meningkat. Mereka tidak sokong pemimpin secara buta tuli. Pasir gudang, Langkawi, tampin, merbok dan banyak tempat lagi, orang UMNO yang sedar dan sensitif dan peka terhadap rintihan rakyat menyuruh Najib berhenti.

Tapi Najib dikelilingi oleh jentera yang membutakan mata nya dan memekakkan telinga nya. Namun jangan salahkan penasihat nya sahaja. Orang Pahang kata- Najib itu kepala dang nya. Najib pun demikian juga. Najib pun mempunyai personaliti mempersetankan rintihan rakyat. Jangan kita terpedaya dengan lakonan nya.

Najib suami isteri berlagak macam king Louis dan Marie Antoinette – rakyat menderita manakala mereka bergembira dan bertemasya.Nama negara tercemar.

Dikalangan Raja Melayu pun ada terdapat kesedaran pro rakyat. Mereka tidak sanggup melihat bangsa Melayu dipersenda akal dan dikudakan oleh segelintir pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba.

Bila Zahid Hamidi buka mulut.

Apa yang dia pekik sana dan sini? Apa yang TPM Zahid bising dan jerit sana sini ialah rasa cemas peribadi nya. Jika kerajaan bertukar dan pemimpin UMNO lain berkuasa, mungkin tidak ada tempat untuk orang macam Zahid. Cakap sana sini macam pak santoloyo.

Zahid Hamidi menanam rasa cemas bukan sahaja dikalangan orang Melayu am nya; lebih penting dia hendak tanam rasa cemas dikalangan MP UMNO.

Dia tahu, jika MP UMNO enggan dicemaskan oleh Zahid, mereka menyeberangi menyokong pihak pembangkang, UMNO Najib akan jatuh.

Tapi MP UMNO bukan semua pak santoloyo macam dia. Mereka ada conscience dan tidak sanggup menutup bangkai yang mahu disembunyikan oleh Najib.

Jangan miskin pada nilai dan perangai tinggi.

Pemimpin UMNO yang lain mestilah berani beroperasi atas prinsip benar itu benar, salah itu tetap salah. Jika prinsip ini hilang, maka Melayu memang akan jadi bangsa yang bangsat nilai2 kebenaran.

Seperti yang pernah disebut oleh pendita zaaba, perihal miskin harta benda tidaklah terkata lagi- akan tetapi miskin pada hmpunan nilai2 dan kehalusan budi dan perangai2 yang tinggi itu lebih menerukkan bangsa Melayu.

Saya sudah menulis perkara ini banyak kali tapi tidak jemu mengulangi nya kerana saya fikir pendita Zaaba benar2 seorang pemikir yang mendalam lagi  tajam.

Dia menulis: …..miskin pada hemat dan cita2, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat2 kelengkapan otak dan pada beberapa sifat2 keperangaian yang tinggi dan mulia- jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa2.

Kehilangan nilai2 inilah yang menyebabkan bangsa Melayu memilih pak santoloyo dan golongan tak semenggah jadi pemimpjn bangsa Melayu.

Orang Melayu mesti sedar bahawa jika UMNO dan pemimpin nya berlagak angkuh seperti yang mereka lakukan sekarang, kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita yang pilih mereka. Kita yang serahkan kuasa kepada mereka dan mereka menguasai kita.

Oleh  kerana kuasa yang ada pada mereka kita yang beri, kita ada hak untuk tarik balik. Dalam versi moden, hak seperti ini terkandung dalam right of recall, yakni kita mengkoreksi kesalahan kita dengan menurunkan pemimpin yang berkuasa. Kita yang silap, kitalah yang membetulkan nya.

Dr Jekyll and Mr Hyde.

Hari ini perkara yang hendak dibetulkan ialah kesilapan memilih umno dan Najib untuk berkuasa. Dia lah penyebab Melayu jadi bangsat.

Menggunakan bahawa kesat dan bermutu rendah sudah menjadi keperangaian kedua kepada najib atau dalam bahas Inggeris second nature. Orang Felda dia kata haramjadah. Penentang nya di Pekan dalam suatu pihanraya dikatakan papa kedana, hendak urus diri sendiri pun tak mampu.  Sekarang bangsat.

Ini cakap orang yang kurang otak tapi  banyak wang dan ada kuasa. Ini rasmi Najib yang public tidak tahu.

Kita akan mula dengan dusta dan pembohongan dan lakonan dari pelakon nombor wahid bila tiba bab kelentong rakyat. Dengan muka selamba, dia memperagakan personality cukup siuman didepan khalayak. Dibelakang, dia jadi Dr Hyde yang bernafsu sebagai haiwan. Didepan dia berperwatakan DrJekyll.

Agaknya, bila seorang ketua wanita Langkawi menasihatkan Najib jumpa doctor , dia melihat personality Najib yang sebenar.

Sudah ramai suara UMNO sendiri yang menyuruh Najib letak jawatan. Percayalah, Najib akan pekakkan telinga dan berkulit tebal. Dia tidak akan segan berkata bukan ahli UMNO yang pilih dia, dia akan kata rakyat yang pilih dia.

Paling akhir, pemuda tampin, UMNO bahagian Shaziman Abu Mansor yang baru dilantik sebagai penasihat kepada Najib  buat usul supaya Najib undur dan letak jawatan. Adakah ini bererti Shaziman tidak dapat mempertahankan Najib?

Bangkai gajah mana boleh di tutup dengan nyiru?  Najib sudah tidak terbela. Bohong dan mungkar nya tersangat besar. Jika 3 juta Melayu sokong Najib dan UMNO, 13 juta Melayu lagi enggan berbuat demikian.

Kepentingan 13 juta orang Melayu dan 14 juta rakyat Malaysia bangsa lain, adalah lebih penting dan mulia dari kepentingan Najib. Hanya orang yang bergantung hidup dan bisnes dengan Najib yang mempertahankan nya. Kepada golongan terpencil ini, perjuangan untuk Najib itu mulia kepada mereka. Maka jawapan kita ialah tidak ada perjuangan yang lebih mulia dari memperjuangkan nasib 27 juta rakyat Malaysia. 



Tiada ulasan: