Isnin, 31 Ogos 2015

Khairuddin minta HK siasat syarikat berkaitan Najib

 
Beliau mendakwa Najib menjadi 'signatory' terhadap empat buah syarikat serta syarikat yang dimilikki oleh Jho Low serta keluarganya 


Jho-Low,-najib,-Khairuddin-Abu-Hassan


PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis Hong Kong terhadap empat buah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam laporannya, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan meminta pihak berkuasa wilayah itu melakukan siasatan rapi terhadap syarikat yang disenaraikannya iaitu:

1) Alliance Assets International Limited
2) Cityfield Enterprises Limited
3) Bartingale International Limited
4) Wonder Quest Investments Limited

Laporan itu dibubat pada 30 Ogos 2015, jam 2 petang waktu tempatan.

Beliau mendakwa Najib menjadi ‘signatory’ terhadap empat buah syarikat berkenaan serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh Jho Low serta keluarganya.

“Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah ‘signatory’ nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH,” kata Khairuddin dalam kenyataan yang dipetik daripada Facebooknya.

Berikutan itu beliau memohon pihak pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.

Pada masa yang sama, Khairuddin turut membuat laporan polis ke atas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low dan ahli keluarganya iaitu:

1) Jynwell Capital (HK)
2) Jynwell Charitable Foundation
3) Strategic Resources Global (Global Limited)

Katanya lagi, satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan pihak berkuasa Hong Kong bagi menyiasat sama ada syarikat-syarikat milik kepentingan Jo Low serta keluarganya pernah berusurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.

Tiada ulasan: