Rabu, 12 Ogos 2015

Jet kerajaan akan dijual, minimum RM80.5 juta

MALAYSIAKINI


 


Kementerian Kewangan hari ini membuat tawaran penjualan sebuah pesawat eksekutif kerajaan yang telah dilupuskan dengan harga simpanan RM80.5 juta.

Menurut kenyataan tawaran yang diiklankan hari ini, pesawat yang akan dijual itu jenis "Boeing Business Jet 737-700”.

Tarikh tutup tender yang terbuka kepada syarikat dan individu ditetapkan pada 2 September depan.

Petender yang berminat mengambil bahagian diwajibkan hadir taklimat tender dan lawatan tapak pada pagi 18 Ogos ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

Dokumen itu akan mula dieadar pada 18 Ogos ini dan boleh didapati di Bangunan Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

"Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," menurut kenyataan tawaran itu lagi.


Tiada ulasan: