Sabtu, 29 Ogos 2015

Interpol tolak permohonan Malaysia tahan Clare

 
Keputusan Interpol itu dikeluarkan pada 27 Ogos lalu selaras dengan standard operasi prosedur polis antarabangsa itu.


Claire-Brown


PETALING JAYA: Interpol secara rasmi menolak permohonan Kerajaan Malaysia untuk menahan Editor Sarawak Report, Clare Brown.

Menerusi notis bertarikh 27 Ogos lalu, Interpol memaklumkan menerima Red Notice dari kerajaan Malaysia untuk menahan Clare pada 9 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Interpol memaklumkan permohonan kerajaan Malaysia itu ditolak selari dengan standard operasi prosedur (SOP).

Ia ditandatangan oleh Setiausaha Agung Interpol, Jorger Stock.

Interpol telah memaklumkan keputusan itu kepada 190 negara lain dan meminta memadam semua data mengenai permohonan Malaysia itu dari pangkalan data maklumat masing-masing.

Clare diburu kerajaan Malaysia susulan laporan yang didakwa tidak benar tentang 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dianggap boleh menjejaskan kestabilan negara.

Mengulas keputusan Interpol itu, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia membawa makna semua pertuduhan terhadap Clare Brown tidak mempunyai asas kebenaran serta tidak mempunyai bukti yang kukuh.

“Semua reka cerita Putrajaya tidak menjadi. Semua penipuan Putrajaya tidak menjadi. Ini kemungkinannya semua penasihat Datuk Seri Najib Tun Razak hakikkatnya adalah kalangan kaki bodek minda lemah berotak udang.

“Imej Putrajaya, PDRM dan menteri kabinet ‘half past six’ yang mengeluarkan pelbagai kenyataan kononnya semua laporan yang ditulis oleh Clare Brown di portal Sarawak Report tidak tepat dan berteraskan matlumat palsu kini telah terbukti tidak benar sama sekali,” tulisnya di Facebook.

Tiada ulasan: