Rabu, 19 Ogos 2015

Harapan Baharu: Ahli Pas perlu gentleman


Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Ahli Pas yang berminat menyertai Harapan Baru diminta mengisytiharkan penglibatan mereka secara gentleman.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan itu lebih baik daripada mereka terus jadi ‘duri dalam daging’ dalam Pas.

“Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, apabila mereka keluar daripada Pas, mereka boleh bentuk apa-apa parti mengikut kebenaran  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Tetapi, sebelum itu mereka perlu beritahu kedudukan sebenar (sertai parti baharu ) daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Pas. Apabila dah isytihar sertai parti baharu, mereka secara ‘gentleman’ boleh kemukakan dasar, strategi dan arah perjuangan mereka secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Galeri Tok Guru di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), semalam.

Ditanya mengenai kerjasama dengan parti baharu itu, Ahmad menyifatkan masih terlalu awal untuk Pas memutuskan perkara tersebut.

Katanya, sebagai parti politik, isu kerjasama itu lumrah biasa, namun perlu diteliti terlebih dahulu arah tujuan dan objektif parti baharu tersebut.

“Tunggu parti baharu itu ditubuhkan dulu, sebab kena tahu matlamat penubuhan mereka,” ujarnya.

Mengulas mengenai perhimpunan jalanan Bersih 4.0 Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas masih belum menerima sebarang kata putus daripada pemimpin tertinggi parti.


Tiada ulasan: