Rabu, 19 Ogos 2015

"Harap TSKI Istiqamah, Pelawa Sertai PAS"



Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT


1. Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dipelawa untuk bersama perjuangan PAS agar terus beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya.

2. Sesungguhnya beliau telah menunjukkan teladan dan pencapaian serta integriti yang dikagumi, cemerlang lagi terpuji semasa mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

3. Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik amanah juga gigih seperti beliau.

4. Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat.

5. Beliau memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam realiti persaingan politik Malaysia ini di mana kelazimannya menuntut perjuangan individu itu adalah menerusi penglibatan bersama parti politik sedia ada. Sehubungan itu bahtera PAS adalah yang sesuai, selari dan terbaik untuk Tan Sri Khalid.

6. Saya menyeru beliau untuk tidak bertangguh lagi dan khususnya Pemuda PAS Negeri Kedah bersedia memberikan slot khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos ini di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

(*)  USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT.Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Tiada ulasan: