Selasa, 4 Ogos 2015

Dua inspektor polis ditahan SPRM

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun hari ini mengesahkan dua inspektornya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan RM3,500 daripada orang awam.

Beliau berkata SPRM menghubunginya lewat petang semalam bagi memaklumkan penahanan pegawai terbabit.

"Kedua-duanya ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi kes yang sedang disiasat mereka.

"Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan," katanya kepada media di sini.

Kedua-dua inspektor itu yang masing-masing berusia 26 dan 28 tahun, ditahan SPRM di Terminal 1, di sini kira-kira pukul 6.10 petang semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009. - Bernama

 

Tiada ulasan: