Isnin, 31 Ogos 2015

Boleh bincang, janji jangan ada 'Najib kedua'

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang


KUALA LUMPUR - Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai undi tidak percaya untuk menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak boleh dibincangkan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, namun begitu ia mestilah dengan satu syarat iaitu tiada lagi Najib kedua.

"Serangan terhadap institusi oleh Najib bertalu-talu, Mahathir tampil ke depan kita puji ‎... cadangan beliau mahu kerajaan Umno kekal tetapi mahu Najib turun.

"Kalau ada jaminan turun Najib, cuma kita tidak mahu Najib kedua.... Cadangan Tun M kita boleh bincang, yang penting 'no more Najib'," katanya ketika memberi ucapan di Pentas utama Himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka, malam ini.

Menurutnya, beliau memuji tindakan Dr Mahathir yang mahu menurunkan Najib dalam usaha menyelamatkan negara.

Petang tadi, Dr Mahathir dalam satu sidang media menyeru semua Ahli Parlimen Umno perlu berani membuat undi tidak percaya kepada Najib.

[ARTIKEL BERKAITAN: MP Umno perlu berani buat undi tidak percaya]


Tiada ulasan: