"KEPADA semua pihak yang menentang pemerintahan
Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," demikian kata
Azwan Ali yang mahu dikenali dengan panggilan 'Diva AA' dalam temuramah
eksklusif bersama Media Hiburan, hari ini.
Menurut Azwan, hak untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak beliau yang dijamin di bawah perlembagaan.
"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," kata beliau kepada Media Hiburan.
"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana
termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya
kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak
dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah
dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi.
Sebelum itu, wartawan Media Hiburan menghubungi Azwan untuk mendapatkan
kepastian mengenai laporan polis yang dibuat diva tersebut terhadap
seorang pengguna Instagram.
Difahamkan, Azwan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang selepas
diugut di laman Instagram beliau @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos
2015.
"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap!
"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan
terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh
membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.
Azwan juga menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar
lain yang bersikap anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum
meringkuk ke dalam penjara.
"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang
kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa,
supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua.
"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib
dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana
dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya
pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap
mana-mana habuan daripada kerajaan.
"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya
walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya menutup sesi perbualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan