KUALA LUMPUR, Satu rakaman amatur mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik, Datuk Seri Azalina Othman Said menari dan menyanyi `rap’ menjadi viral di media sosial.


Dalam rakaman 35 saat, Azalina menyanyi ‘rap’ bersama penyanyi hip-hop tempatan, Joe Flizzow pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

Rakaman itu memperlihatkan Azalina menyanyi ‘Barisan Nasional (BN) baik (BN good), Johor budak baik (Johor good boy), Umno budak baik (UMNO good boy)’ dengan mengubah suai lirik lagu original, ‘Baek’ oleh Joe Flizzow.

Persembahan menteri itu mendapat maklum balas yang kurang baik daripada netizens apabila tindakan itu disifatkan tidak sesuai terutama selepas isu pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tak tahu malu betul,” kata Kent Tyhv

“Malu nak tengok (lihat) sampai habis,” kata Normah Dasuki.

Dalam nota berasingan, Azalina diberi nasihat oleh pendakwah bebas tempatan selepas beliau menyelar 
Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mengharamkan adegan intim dalam filem.

Azalina yang menegaskan masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan tertanya-tanya, jika semuanya diharamkan dilaporkan berkata: “Takkan nak bercakap dengan bantal?”