MALAYSIAKINI
Video oleh Lester Melanyi telah mengheret sama pemimpin pembangkang
apabila mendakwa laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
telah dipalsukan.
Lester yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas editor Sarawak Report
mendakwa beliau bertanggungjawab memalsukan maklumat untuk laman web
yang dikendalikan oleh Clare Rewscastle Brown itu.
"Rancangan 1MDB mula diceritakan kepada saya oleh Clare pada Januari
tahun ini. Dia memberitahu saya kita mempunyai misi yang sangat penting
kali ini untuk (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim.
"Dia memberitahu saya bahawa saya terpaksa buat sesuai dengan apa (ahli
parlimen DAP) Tony Pua dan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) mahu,"
kata Lester dalam video yang telah tersebar secara meluas termasuk di
Facebook Friends of BN.
Bagaimanapun Clare berkata Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak
Report dan hanya bertugas untuk beberapa bulan di Radio Free Sarawak
(RFS) pada 2011.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini dalam kenyataannya menafikan
menjadi dalang dengan memberi arahan kepada Sarawak Report untuk
memfitnah Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.
Rafizi berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung Lester ahli Parlimen Pandan itu menjadi dalang dan memberi arahan untuk memfitnah Najib.
Rafizi turut mengancam untuk mengambil tindakan terhadap mereka tidak lama lagi.
Dalam video itu, yang dikatakan bahagian pertama itu, Lester mendakwa
mereka cipta maklumat mengenai 1MDB susulan ‘cinta’ untuk Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan