Tony Pua.
PETALING JAYA: Ahli
Parlimen DAP, Tony Pua mencabar pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya
menuduh beliau secara terbuka bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi
International, Xavier Andre Justo.
Pua melontarkan cabaran itu dilaman Facebook miliknya pada Sabtu
berserta dengan pautan laporan berita Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggesa pihak pembangkang supaya
segera membuat penafian yang mereka bertemu dengan Justo untuk membeli
maklumat sulit.
"Saya mencabar mana-mana menteri BN untuk menuduh saya bertemu dengan Justo," tulisnya.
Justo dilaporkan bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia dan
pemilik media di Singapura sebelum warga Switzerland itu ditahan di
Thailand pada 22 Jun lalu.
Justo yang sedang disiasat polis Thailand kerana didakwa memeras ugut
bekas majikannya, mengaku bertemu beberapa individu di Singapura untuk
berunding mengenai penyerahan dokumen tertentu dimilikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan