Rabu, 29 Julai 2015

Tiada komen, kata Gani Patail

ANTARAPOS.COM


Post Pic


PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

“Saya tak nak berkata apa-apa. Selamat tinggal,” katanya ketika dihubungi oleh The Star hari ini, sebelum meletakkan telefon secara tiba-tiba.

Hari ini, Ketua Setiausaha Kerajaan Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, perkhidmatan Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan berkuasakuasa Isnin atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan beliau secara serta-merta.

Gani akan terus bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman sehingga persaraan wajibnya pada 6 Oktober tahun ini.

Tiada ulasan: