Jumaat, 17 Julai 2015

Thailand kenal pasti suspek tembak tentera Malaysia

FREE MALAYSIA TODAY


ATM bekerjasama dengan tentera Thailand untuk berkongsi maklumat jejaki penyerang anggotanya.


tembak_atm_thai_600



BANDING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang bekerjasama dengan Angkatan Tentera Diraja Thailand untuk menyiasat insiden dua anggota tentera Malaysia yang dipercayai ditembak penyeludup ketika meronda kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Pos Machang, Tanah Merah di Kelantan, Selasa lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, berkata rangkaian itu dibuat antaranya untuk berkongsi maklumat mengenai sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu.

“Saya dimaklumkan mereka (tentera Thailand) telah mengenal pasti beberapa individu yang terbabit melakukan perkara itu dan kita akan terus berhubung dengan mereka untuk perkembangan terkini.

“Dua anggota yang cedera itu telah dibawa ke Hospital Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya selepas menyampaikan bungkusan Hari Raya kepada anggota tentera yang terbabit dalam operasi penugasan di Pangkalan Operasi Hadapan 3 Pos Temengor,

Dalam kejadian jam 5.35 petang itu, anggota tentera berusia 26 tahun dan 29 tahun dari Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan (RS) ditembak dari jarak 30 meter menggunakan senjata jenis ‘shotgun’.- Bernama


Tiada ulasan: