Jumaat, 17 Julai 2015

Tembak: Anggota tentera cedera ketika meronda

Tembak: Anggota tentera cedera ketika meronda
Azmi (dua, kiri) menunjukkan mercun yang dirampas. - Foto Sinar Harian
 
 
TUMPAT – Dua anggota tentera cedera  terkena tembakan ketika meronda di sempadan Sungai Golok di Pos Machang kampung Nibong, Tanah Merah, petang semalam.
 
Dalam kejadian jam 5.30, mangsa cedera dipaha kiri dipercayai ditembak menggunakan senapang angin yang dilepaskan dari arah sempadan Thailand.
 
Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Azmy Yahya berkata, kejadian itu berlaku ketika dua anggota berkenaan sedang menjalankan rondaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.
 
“Mereka hanya cedera dipaha kiri, keadaannya dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Tanah Merah,” katanya.
 
Azmi berkata, pihaknya percaya tembakan dilepaskan bermotifkan provokasi bagi menjatuhkan moral tentera yang bertugas di sempadan.
 
Menurutnya, laporan polis sudah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.
 
 

Tiada ulasan: