Sabtu, 4 Julai 2015

Rombakan Kabinet 2015 Malaysia : Menteri Kabinet Yang Patut Disingkir dan Ditukar Potfolio? Ada Cadangan?

BERITA SEMASA


Rombakan Kabinet 2015 Malaysia : Menteri Kabinet Yang Patut Disingkir dan Ditukar Potfolio? Ada Cadangan?

Jikalau menteri kabinet di negara maju dan besar seperti Jepun dan Amerika Syarikat hanya mempunyai 16 dan 18 menteri sahaja, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet, United Kingdom dengan 23 menteri kabinet mereka, manakala negara India yang memilik penduduk sejumlah 1.1 bilion mempunyai 32 menteri kabinet sahaja.

Jadi, mengapa Malaysia hanya sekadar negara membangun dengan penduduk sekitar 30 juta sahaja berlagak mewah membelanjakan pembayar cukai untuk menanggung sejumlah 35 menteri kabinet? 

Mengapa?

rombakan kabinet 2015 malaysia

Adakah mereka ini benar-benar membela rakyat sehingga berjaya mengangkat nama dan ekonomi Malaysia melonjak ke paras yang begitu membanggakan? Atau sebenarnya bertujuan untuk menyuapkan mereka ini bagi memberikan peluang seramai mungkin kuasa atas nama kapasiti pemimpin politik? Adakah perbelanjaan boleh guna rakyat semakin baik?
  • Untuk apa Malaysia perlu ada sehingga 2 menteri kewangan?
  • Perdana Menteri tidak perlu pegang jawatan kepada Menteri Kewangan
  • Mengapa begitu ramai dilonggokkan di Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

 

Punca Rombakan Kabinet 2015 Malaysia?

Berita terkini yang Berita Semasa perolehi, dijangka rombakan kabinet 2015 Malaysia akan berlaku tidak lama sahaja lagi iaitu selepas hari raya 2015. Apa punca dan sebab rombakan kabinet 2015 Malaysia tidak dapat ditunggu Datuk Seri Najib Razak lagi?
  1. Meningkatkan kembali keyakinan anda semua terhadap menteri kabinet yang ada selepas ini
  2. Menggantikkan menteri kabinet yang lebih bertenaga dan segar
    menukar menteri kabinet yang acapkali dilihat playsafe ketika memegang jawatan menteri
Cuba lihat di bawah ini bandingkan saiz menteri kabinet malaysia dengan menteri kabinet di Zimbabwe dan Uganda? Dan semak juga saiz menteri kabinet di sebuah negara yang menjadi pengeluar kereta mewah seperti Mercedez, Audi, BMW dan Porsche…..berbanding Malaysia
Persoalannya menteri manakah yang bakal menjadi sasaran Datuk Seri Najib Razak untuk digantikan dan ditukarkan portfolio dalam edisi rombakan kabinet 2015 malaysia kali ini. Apa cadangan anda?

P/S : Sebenarnya kewujudan kementerian dan menteri adalah bertujuan untuk melancarkan dan melicinkan pentadbiran dalam menguruskan negara bukannya memberikan ganjaran kepada kalangan kawan-kawan anda yang menang. Jangan belanjakan duit pembayar cukai sesuka hati anda. Sebagai peringatan bersama kepada yang sedang berkuasa, dan yang bakal berkuasa kelak.

Tiada ulasan: