Selasa, 7 Julai 2015

Pertikaian Pas-DAP sukar diselesaikan- Khalid Samad

 
Penubuhan parti baru bagi menggantikan Pas merupakan jalan penyelesaian kepada pertikaian itu.


Khalid-Samad_ulam_600


SHAH ALAM: Perselisihan antara Pas dan DAP sukar diselesaikan dalam waktu yang singkat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Sehubungan itu, katanya, penyelesaian terbaik ialah dengan menubuhkan parti baru yang beridentitikan Islam.

“Usul putus hubungan Pas dengan DAP di dalam Muktamar secara teknikalnya menyebabkan PR sudah tidak wujud lagi.

“Maka kami rasakan perlunya satu pakatan baru yang boleh menyatukan hasrat rakyat.

“Ini bagi menandingi Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya yang sudah dekat,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Khalid bagaimanapun berkata, parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru hanya akan diwujudkan sekiranya Pas masih tetap pendirian memutuskan hubungan dengan DAP.

“Kita terpaksa teruskan mewujudkan parti baru ini sekiranya Pas masih tidak berubah dengan pendirian mereka masa ini.

“Jika Pas rasakan mereka boleh teruskan dengan pendirian mereka masa ini, maka kita akan teruskan dengan menubuhkan parti baru itu,” katanya lagi.

Bagaimanapun Khalid tidak memberitahu bila parti baru itu akan ditubuhkan kerana ia masih peringkat cadangan.

“Mungkin lepas Hari Raya Aidilfitri, mungkin lepas Raya Haji,” tambahnya.
Katanya, apa yang penting parti baru ini bersesuaian dengan konsep Pakatan Rakyat sebelum ini yang sesuai untuk semua.

Tiada ulasan: