Jumaat, 31 Julai 2015

Percubaan sabotaj Pasukan Petugas Khas

Tuan Ibrahim minta identiti anggota Pasukan Petugas Khas didedah kepada awam bagi membolehkan mereka menjalankan tugas


tuan-man,pasukan-khas


PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas yang menyiasat skandal 1MDB dikatakan mula diganggu dengan pelbagai tuduhan dan khabar angin bagi menganggu kelancaran tugasannya.

Timbalan Presiden PAS , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa spekulasi mengenai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, kemunculan blog misteri selepas penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dilihat antara bentuk gangguan ke atas proses siasatan yang sedang dijalankan.

Berikutan percubaan itu, beliau mengulangi gesaan kepada Zeti agar mendedahkan semua identiti para penyiasat di Pasukan Petugas Khas kepada pihak awam dengan kadar segera.

Ia dilihat langkah terbaik untuk melindungi mereka dan membolehkan mereka terus menyiasat tanpa sebarang kerisauan melalui sokongan rakyat.

“Dengan pendedahan itu, sebarang tindakan kepada mana-mana penyiasat Pasukan Petugas Khas yang sudah diketahui umum pada waktu ini akan mendatangkan kesan buruk pada kerajaan kerana ia hanya menguatkan persepsi bahawa segala tuduhan ke atas 1MDB dan juga Perdana Menteri adalah benar.

“ Peristiwa sabotaj dengan memecat salah seorang penyiasat seperti Tan Sri Abdul Gani Patail dan memindahkan 4 ahli PAC ke kabinet tatkala siasatan sedang rancak dilakukan tidak boleh dibiarkan berulang lagi. Diharap Tan Sri Zeti dapat bertindak segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan: