Selasa, 28 Julai 2015

Najib gila kuasa-Azmin Ali

 
Najib dikatakan membuat tindakan untuk menyelamatkan diri daripada dakwaan salah guna kuasa


azmin,najib


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri dan gila kuasa.

Dakwaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Menurut Azmin, tindakan Najib menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada portfolio yang disandang adalah sebagai langkah untuk menyelamatkan diri beliau daripada terus disiasat berhubung salah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet hanya beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan agar Perdana Menteri memberikan jawapan berhubung skandal 1MDB.

“(Dan)….pemecatan Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara, salah seorang anggota panel menyiasat skandal 1MDB, memberikan gambaran Perdana Menteri bertindak untuk mempertahankan kedudukan dan regimnya dari disiasat oleh panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan .

Sehubungan itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menggesa seluruh Ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bersatu untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus terpalit dalam krisis tersebut di bawah pentadbiran Najib.

“Ahli-ahli parlimen tanpa mengira parti perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia. Rakyat tidak memberikan dokongan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk duduk diam dan membiarkan negara menjunam ke dalam gaung krisis yang semakin parah,” katanya.

1 ulasan:

Master Jaguh berkata...

lagi cerita panas ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<