Rabu, 1 Julai 2015

Menteri janji jawab isu MARA dalam seminggu

MALAYSIAKINI


 


MARA akan menjawab dakwaan isu yang melibatkan urusan pembelian pangsapuri di Melbourne, Australia yang melibatkan agensi itu pada minggu hadapan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu dalam majlis berbuka puasa anjuran MARA di German-Malaysian Institute (GMI).

"Perkara (berkaitan) MARA saya akan hebahkan semasa buka puasa MARA pada 7 hari bulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis buka puasa anjuran kementeriannya di INFRA, Serdang.

Sebelum ini laporan akhbar Australia The Age mendedahkan bahawa MARA membelanjakan A$22.5juta (RM65 juta) untuk membeli sebuah blok pangsapuri "The Dudley" di Melbourne.

Pembelian, yang antara lain melibatkan bekas ahli politik, didakwa terlebih bayar dengan jumlah A$4.75juta (RM13.7 juta).


Tiada ulasan: