Jumaat, 17 Julai 2015

Mejar Zaidi: Dari PAS ke Harapan Baru

MALAYSIAKINI


 


Bekas tentera udara Zaidi Ahmad, yang dipecat berkaitan isu dakwat kekal dalam pilihan raya, kini memilih Gerakan Harapan Baru (GHB) selepas percaya PAS menyimpang daripada prinsipnya.

Zaidi yang baru setahun menyertai PAS berkata, PAS kini mundur ke belakang dalam perjuangannya, terutama selepas muktamarnya bulan lalu.

Dalam muktamar itu, PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP selepas tidak sehaluan dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Zaidi berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas pelancaran jawatankuasa penaja GBH oleh ketuanya di peringkat negeri Mujahid Yusof Rawa di Butterworth.

Zaidi turut menjadi salah seorang anggota jawatankuasa penaja GBH Pulau Pinang.

Beliau juga berkata PAS kini lebih berminat mempromosikan kumpulan tertentu sahaja dan justeru menjadikannya tidak inklusif lagi.

Katanya, kesemua kumpulan sama ada ulama atau progresif patut bekerjasama dalam PAS tetapi muktamar lepas menamatkan semua itu.


Tiada ulasan: