Jumaat, 17 Julai 2015

Kenyataan Rahman Dahlan langkah terdesak-Sarawak Report

 
Sarawak Report mendakwa individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerkka bagi pihaknya.


dahlan.lester


PETALING JAYA: Sarawak Report (SR) menafikan dakwaan bekas kakitangannya terbabit dalam video yang mendedahkan kononnya portal itu bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan.

Ia juga mendedahkan individu yang dimaksudkan, Lester Melanyi tidak pernah bekerja untuk pihaknya.

“Kami terkejut bahawa dakwaan ini ditimbulkan.

“Cubaan mempersoalkan kredibiliti laporan memperlihatkan langkah terdesak,” petik portal itu.
Penafian itu dibuat susulan kenyataan Pengarah‎ Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa mempunyai video pengakuan bekas kakitangan SR.

Individu berkenaan mendakwa melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, anak tiri Najib, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

Susulan itu, Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung salah laku pengendali laman SR dan penulisnya, Claire Rewcastle Brown.

Tiada ulasan: