Khamis, 2 Julai 2015

'Kami Sedang Disiasat' - Arul Kanda

RAKYAT NEWS


 


KUALA LUMPUR- 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengulangi penegasan berhubung pendiriannya sebelum ini bahawa jika terbukti wujud sebarang salah laku, maka pihak berkuasa yang sah boleh mengambil tindakan mengikut proses dan undang-undang negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pembangunan strategik itu turut menegaskan, ia telah berulang kali membuat penjelasan terhadap tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua serta kumpulan media The Edge.

"1MDB memberi kerja sama sepenuhnya terhadap semua pertanyaan ini. Segala bukti berkaitan syarikat ini telah dan akan terus dikongsi bersama pihak berkuasa yang berkaitan," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan tertentu dikaitkan dengan Pua dan yang disiarkan secara dalam beberapa portal hari ini yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB.

Mengikut syarikat itu, 1MDB ketika ini disiasat pelbagai pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"PAC, yang turut dianggotai Tony Pua, adalah pihak berkuasa yang dilantik secara sah untuk menyiasat sama ada RM42 bilion itu telah 'lesap' daripada 1MDB.

"Demi kepentingan keadilan dan proses sewajarnya, 1MDB percaya Tony Pua akan mengesahkan bahawa PAC akan menyiasat tuduhan khusus membabitkan 'kehilangan RM42 bilion,' sebagaimana desakannya terhadap siasatan bagi tuduhan lain yang melibatkan syarikat ini," katanya.


Tiada ulasan: