MALAYSIAKINI
Tidak semua penggiat seni menyambut baik pelantikan Datuk Seri Azalina
Othman sebagai pengerusi baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
Malaysia (FINAS).
Malah, ada yang menyambut lantikan itu dengan nada sinis.
“Azalina jadi pengerusi FINAS? Siapa Azalina?” soal pelakon dan seniman Pyanhabib (kiri).
Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman, berpendapat
kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Md Afendi Hamdan itu sepatutnya
diisi oleh “orang filem” sendiri.
“Kerusi pengerusi Finas itu seeloknya diberi kepada mereka yang tidak terbabit langsung dalam politik kepartian.
“Biar orang filem gerakkan kerja filem, orang politik jika mahu
dilibatkan pun, cukuplah menjadi penyokong kuat dari luar dan tidak
perlu dibawa masuk FINAS,” katanya yang popular dengan watak Osman Tikus
dalam filem Kembara Seniman Jalanan.
'Bukan lubuk projek'
Azalina menggantikan Md Afendi yang memegang jawatan itu dari 1 September 2011 hingga 31 Januari lalu.
Azalina, anggota parlimen Pengerang, sebelum ini pernah pernah menerajui
kementerian belia dan sukan serta kementerian pelancongan sehingga
2009.
Sementara itu, pengarah filem dan aktivis politik Hishamuddin Rais (kanan) pula menyatakan perasaan sinisnya terhadap pelantikan itu dan mengingatkan bahawa FINAS “bukan lubuk projek”.
“Ia seperti proses membina jambatan, perlu ada imbuhan untuk melakukannya. Jika tidak, jambatan akan runtuh.
“Proses itu sama seperti membuat filem. Tetapi filem tidak runtuh, cuma akan gagal ke panggung,” kata pengarah filem Dari Jemapoh Ke Menchestee yang menyertai pelbagai festival antarabangsa.
Penggiat filem arus perdana Datuk Prof Abdul Razak Mohaideen semalam
berharap Azalina dapat membantu mengetengahkan filem tempatan ke persada
dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan