Rabu, 3 Jun 2015

Selangor Sedia Perkhidmatan Bas Percuma di Shah Alam, Subang Jaya & Klang

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
Menurut laporan The Star, bermula Julai ini, penduduk Shah Alam, Subang Jaya dan Klang akan dapat menikmati servis bas awam percuma.
 
Ia merupakan satu insiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor yang dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih dari 24,000 orang penduduk dengan kos sekitar RM3.6 juta setahun.
 
“Laluan sudah pun dikena pasti dengan setiap satu laluanya ialah di Shah Alam, Subang dan Klang,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan, Industri Kecil Dan Sederhana Dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim.
 
Bas percuma tersebut dijangka akan meliputi beberapa kawasan sibuk sekitar bandar termasuklah banggunan kerajaan, sekolah, daerah komersial, serta stesen-stesen komuter.
 
 
Menurut beliau lagi, “Laluan-laluan yang dirancang oleh MPSJ akan melalui jalan sepanjang arah LRT Kelana Jaya yang baharu (lanjutan). Perkhidmatan ini tidak akan melalui kawasan-kawasan yang dilalui oleh perkhidmatan bas komersial kerana tidak mahu ada persaingan.”
 
Servis ini disediakan, selepas Selangor telah memperkenalkan perkhidmatan serupa di Petaling Jaya, yang dikenali sebagai PJ City Bus, yang telah bermula pada bulan Mei 2014, membawa sekitar 9,000 penumpang sehari.
 
Shah Alam turut sudah mempunyai perkhidmatan bas percuma, namun ianya hanya beroperasi tiga kali sehari – pada pukuk 7:30 pagi, 11:30 pagi dan 4:30 petang. Perkhidmatan yang dilaporkan bakal bermula pada bulan Julai ini akan beroperasi lebih kerap berbanding dengan jadual bas yang sedia ada.
 
 

Tiada ulasan: