Rabu, 3 Jun 2015

Saya tidak akan letak jawatan – Shafie Apdal

 
Beliau membangkitkan isu 1MDB untuk mendapatkan penjelasan lanjut demi kepentingan rakyat dan negara


Shafie Apdal,1mdb


PETALING : Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan beliau tidak akan meletak jawatan seperti disebarkan di internet kerana mempersoalkan 1MDB.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau tidak sepatutnya meletak jawatan kerana isu yang dibangkitkan itu demi kepentingan rakyat.

“Kenapa saya perlu letak jawatan kerana membangkitkan isu demi kepentingan negara dan rakyat,” katanya selepas menghadiri Hari Pendidik MARA 2015 pada Rabu.

Naib Presiden UMNO itu sekali lagi menegaskan beliau membangkitkan isu 1MDB kerana mahukan penjelasan lanjut.

“Adalah menjadi kewajipan kita mendapatkan penjelasan untuk menerangkan kepada rakyat,” katanya.
Selain Shafie, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi twitternya telah menyatakan tidak akan meletak jawatan dan terus menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya berhubung perjumpaan Menteri Kabinet dengan Najib di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa, Shafie berkata, beliau tidak akan komen lagi mengenai 1MDB kerana hanya Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah boleh menjawab isu berkaitan 1MDB.

Media melaporkan perjumpaan itu diadakan untuk memberi taklimat berhubung hutang RM42 bilion yang ditanggung 1MDB.

Tiada ulasan: