Selasa, 2 Jun 2015

Saya kurang mahir nombor – Rosmah

 
Rosmah secara tidak langsung keliru untuk menyebut jumlah angka sebanyak RM12,306,895.


Rosmah



SHAH ALAM: Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor secara berseloroh menyatakan beliau tidak mahir dengan nombor.

Dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan 2014/2015 Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Rosmah dengan tidak semena-mena keliru untuk menyebut jumlah wang sebanyak RM12,306,895.

“Dua belas juta ringgit, dua belas juta ringgit, sekejap, i’m very bad at number. Dua belas juta tiga ratus enam ribu lapan ratus sembilan puluh lima,” katanya sambil disambut gelak kecil oleh tetamu.

Angka itu merupakan jumlah yang berjaya dikumpul oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia bagi menyumbangkan bantuan sekali gus menggerakkam Misi Bantuan Kemanusiaan Pasca Banjir.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sekali lagi tersasul ketika menyebut usia penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang ke-98.

“Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mencecah usia sembilan belas lapan, sembilan puluh lapan,” kata beliau lagi yang memperbetulkan ucapannya.

Turut hadir dalam program itu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dan beberapa kerabat Diraja lain.

Dalam ucapannya, Rosmah juga menggesa supaya ahli-ahli Pandu Puteri diberikan kesedaran dan ilmu tentang cara-cara untuk menangkis pelbagai bentuk gangguan terhadap mereka.

“Ia penting, demi menjaga maruah dan kehormatan diri,” katanya.

Tiada ulasan: