Isnin, 1 Jun 2015

Saiful akui Anwar tidak bersalah?

dsai2

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan menggugurkan saman fitnah RM50 juta terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti bahawa beliau tidak bersalah.

“Kami gemberi kerana ia mengesahkan lagi bahawa Anwar tidak bersalah,” kata peguam Anwar, Latheefa Koya.

Peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful, pagi tadi telah memaklumkan mengenai keputusan menggugurkan saman tersebut kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Namun Saiful tidak memberikan sebarang alasan menggugurkan kes tersebut atau perbincangan mengenai kos.

Saiful, bekas pembantu Anwar, memfailkan saman itu pada Ogos tahun lalu kerana dakwaan fitnah dan diliwat.

Anwar sedang menjalami hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan kes liwat ke atasnya. – Roketkini.com


Tiada ulasan: