Rabu, 3 Jun 2015

Pemuda Pas Pusat bacul

 
Wakil Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menyifatkan sayap parti itu sebagai tidak beriman kerana tidak mempertahankan presiden parti


hadi-awang_pas_dap_600



SHAH ALAM: Pemuda Wilayah Persekutuan, menyifatkan Pemuda Pas Pusat tidak beriman kerana membiarkan Abdul Hadi dihina DAP.

Kegagalan Pemuda Pas Pusat mempertahankan Presiden Parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika dikritik hebat rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR)DAP diselar.

Wakil Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Ridzuan Ariffin, menyifatkan sayap parti itu sebagai pengecut.

“Dia menyerang dan menghina Presiden Pas. Pemuda diam bisu beribu bahasa. Ini bukan simbul anak soleh yang melihat bapanya dihina.

“Ini bukan sifat pemuda beriman tetapi pengecut,” katanya ketika membahaskan ucap tama Ketua Pemuda Pas.

Di pentas yang sama dia memberi ingatan dan amaran kepada sekutu PR bahawa ia akan bertindak sekiranya Abdul Hadi terus dihina.

“Kepada rakan Pakatan mahupun lawan, Pemuda Pas tidak akan akan sesekali benar presiden kami dihina dan ditentang. Kami akan buat apa sahaja untuk pertahankan presiden kami,” tegasnya.

Sementara itu, Azahari Osman, Perwakilan Pas Perlis kecewa dengan segelintir ahli parti itu khususnya kepimpinan Pas yang dituduhnya sebagai lidah syaitan kerana sanggup menyebar fitnah.

Ia termasuk khabar angin, ia akan bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan.

“Di peringkat Pemuda saya agak kecewa apabila ada segelitir ahli Pas bahkan kepimpinan yang jadi lidah setan dalam jemaah kita. Inilah golongan yang cuba timbulkan huru hara dalam jemaah kita.

“Majlis Syura telah tegaskan bahawa tiada usaha nak gabungkan Pas dengan UMNO. Hadi telah tegaskan dalam semua program Pas bahawa tiada usaha Pas bergabung dengan UMNO,” jelasnya.

Tiada ulasan: