Selasa, 2 Jun 2015

Mat Sabu yakin beliau masih dikehendaki perwakilan

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin mempertahankan jawatannya itu pada pemilihan parti Khamis ini kerana, kata beliau, perwakilan akan memilih calon yang mesra Pakatan Rakyat.
 
Kemungkinan Mat Sabu kecundang heboh diperkatakan setelah ahli politik berusia 60 tahun itu hanya memperolehi 12 pencalonan berbanding 94 yang diperolehi oleh pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam saingan dua penjuru.
 
“Saya yakin perwakilan akan memilih saya berasaskan prestasi kerja saya, “ akhbar The Star memetik beliau sebagai berkata.
 
“Saya yakin saya akan diberi peluang (untuk terus memegang jawatan Timbalan Presiden). Ini kerana selama ini saya mempertahankan parti dan mendokong dasar-dasar parti selaras dengan al-Quran dan sunnah,” tambah Mat Sabu.
 
Walaupun mendapat jumlah pencalonan rendah, Mat Sabu berkata kemungkinan beliau kalah pada Khamis ini tidak pernah terlintas dalam hatinya.
 
“Anda boleh tanya soalan (mengenai kalah pada pemiihan) jika betul saya kalah. Sekarang ini saya hanya fikirkan akan menang,” katanya.
 
Mat Sabu dilihat menerajui golongan profesional PAS yang berbalah dengan golongan ulama mengenai hala tuju PAS, khususnya keahliannya di dalam Pakatan Rakyat.
 
Pimpinan ulama PAS di bawah presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tolak oleh DAP dan kalangan pemimpin PKR yang lebih mesra dengan Mat Sabu.
 
Hadi sebelum ini memberi amaran bahawa pemimpin PAS tidak boleh mengikut telunjuk DAP sehingga membelakangkan kepentingan parti mereka sendiri.
 
Hadi akan dicabar oleh bekas naib presiden PAS Ahmad Awang, kali pertama jawatan tertinggi PAS itu dipertandingkan sejak tahun 1973.
 
 

Tiada ulasan: