Sabtu, 6 Jun 2015

DAP cabar Najib dedah peranan dalam 1MDB di Dewan Rakyat

najib razak
Roketkini.com


JOHOR BAHRU: DAP mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberitahu Dewan Rakyat tentang peranannya dalam skandal 1MDB, lebih-lebih lagi selepas ketidakhadirannya dalam forum dialog Nothing2hide semalam.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika Najib memang benar-benar tidak menyembunyikan apa-apa dalam skandal RM42 bilion 1MDB, beliau perlu memberitahu Dewan Rakyat.
LKS
“Sudah enam tahun Najib menyembunyikan hakikat bahawa beliaulah yang memberikan kelulusan akhir kepada perjanjian 1MDB.

“Ini membolehkan beliau mengelak dipertanggungjawabkan sejak 2009 dengan berpura-pura kononnya tidak terlibat dalam perjanjian, urusniaga dan pelaburan 1MDB.

“Tapi kini, Najib mesti mesti mendedahkan semuanya di parlimen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib semalam dijadual untuk hadir dalam forum anjuran SukaGuam tapi menarik diri atas nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan alasan ia boleh menganggu ketenteraman awam dan keharmonian negara.

Acara tersebut akhirnya telah ditangguhkan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengambil alih pentas sebelum diminta berhenti oleh pihak polis.

Berikutan ketidakhadirannya, Najib telah dikritik hebat oleh orang ramai dan pengguna media sosial dengan gelaran negatif seperti penakut. – Roketkini.com

Tiada ulasan: