Jumaat, 15 Mei 2015

Tun M jawab kekayaan anaknya Sabtu ini?

 
Tun M dijadual menghadiri program Bicara Negara di Hotel Tower Regency Ipoh pada 3 petang, Sabtu ini (16 Mei).


mahathir,mirzan,mokrani


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru pulang mengerjakan umrah dikatakan akan menjawab segala tuduhan tentang kekayaan anaknya dalam satu program di Ipoh pada Sabtu ini.

Menurut beberapa blog pro Barisan Nasional (BN), Tun M akan memberi penjelasan mengenai perkara itu bagi menangkis serangan kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak membuat serangan balas terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir dijadual menghadiri program Bicara Negara di Hotel Tower Regency Ipoh pada 3 petang, Sabtu ini (16 Mei).

Sebelum ini, penyokong Najib mempersoalkan kekayaan dua anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, yang masing-masing dikatakan bertaraf jutawan.

Ia bagaimanapun telah dijawab menerusi blognya, chedet.cc.

Dalam entri berkaitan, Dr Mahathir menafikan dakwaan anaknya bertaraf jutawan sebaliknya Mirzan dan Mokhzani mempunyai pinjaman bank bernilai jutawaan ringgit bagi membiayai perniagaan.

Katanya, Mirzan telahpun menjual syarikat perkapalan kepada Petronas ketika kegawatan ekonomi manakala Mokhzani terlibat dalam perniagaan selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Tun M mencabar mana-mana pihak mengemukakan bukti yang menunjukkan beliau menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memudahkan Mokhzani mendapat pinjaman.

Mokhzani pernah disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion) pada tahun 2014.

Tiada ulasan: