Selasa, 12 Mei 2015

Siswazah antara 400,000 individu belum bekerja di Malaysia

THE MALAYSIAN INSIDER


Menurut perangkaan, 161,000 siswazah berusia antara 20-24 tahun masih lagi mencari pekerjaan. – Gambar Reuters, 12 Mei, 2015.Menurut perangkaan, 161,000 siswazah berusia antara 20-24 tahun masih lagi mencari pekerjaan. – Gambar Reuters. 




Siswazah yang menyelesaikan pengajian mereka sejak 6 bulan adalah antara 400,000 individu yang sedang menganggur dalam negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Katanya, menurut perangkaan, 161,000 siswazah atau 8.8% belia, berusia antara 20 dan 24 tahun, masih mencari pekerjaan.

Walaupun kadar pengangguran rendah, kata beliau kerajaan melancarkan beberapa program untuk menambah peluang kerja seperti 'Jobs Malaysia' dan Skim latihan 1Malaysia.


Abdul Wahid menyatakan demikian semasa menyampaikan tinjauan ringkas mengenai status ekonomi Malaysaia pada Sesi Dialog Tokoh-tokoh Perniagaan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.   Oleh itu, kata beliau, kerajaan menggalakkan penglibatan syarikat swasta untuk membuka dengan aktif peluang pekerjaan dan menyediakan latihan perindustrian untuk kumpulan sasaran.

"Kerajaan akan pastikan mereka mendapat pekerjaan yang stabil bagi menyokong pertumbuhan ekonomi secara lebih inklusif," katanya.

Abdul Wahid berkata kadar pengangguran tahun ini, bagaimanapun mencatat penurunan defisit bajet, yang mengecil selepas Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP), yang diunjur berkembang antara 4.5 hingga 5.5% tahun ini.

Menurut beliau, antara faktor penurunan kadar pengangguran itu ialah berikutan kerjasama antara kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Sejak 2011, lebih 19,000 siswazah menerima latihan dan ditempatkan di syarikat-syarikat, antaranya Malaysia Airlines (MAS), the National Capital Berhad (PNB), the Group Gamuda Bhd, Sime Darby Bhd (Sime Darby), Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). – Bernama,

Tiada ulasan: