Khamis, 21 Mei 2015

Simpanan 1MDB di Pulau Cayman 'unit', bukan tunai

MALAYSIAKINI


 


Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui terdapat salah tafsir berhubung sejumlah AS$1.1 bilion (RM3.97 bilion) yang ditebus daripada Kepulauan Cayman oleh 1MDB.

Katanya mungkin terdapat kesalahan tafsiran bahawa jumlah yang ditebus dan disimpan di Singapura itu dalam bentuk tunai.

Sebaliknya, kata beliau lagi, simpanan itu dalam bentuk “unit”.

Diminta mengulas maksud sebenarnya sama ada dalam bon atau bentuk lain, beliau hanya menjawab “unit”.

Husni mempertahankan 1MDB dengan menegaskan bahawa unit simpanan itu benar-benar ada dan bertujuan untuk membayar semula hutang secara khusus.


Tiada ulasan: