Rabu, 13 Mei 2015

Saya paling dibenci tapi saya teruskan, kata Ahmad Maslan

 
Ahmad Maslan mengakui sudah lali dengan cemuhan dan kritikan dan perkara itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan penerangan kebaikan GST demi negara.


Ahmad-Maslan_gst_600



KUALA LUMPUR: Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Namun, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau sanggup mengetepikan kritikan dan cemuhan itu demi kebaikan negara.

Katanya, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan terutama di media sosial termasuklah cemuhan yang mengatakan wajahnya seperti najis babi.

“Saya Ahmad Maslan, orang paling dibenci di Malaysia disebabkan GST.

“Dalam kalangan mereka, ada yang mengelarkan muka saya seperti najis seekor babi. Walhal najis babi itu merupakan perkara yang paling tidak digemari dalam Islam.

“Namun, saya telah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah perkara yang betul untuk negara,” katanya di majlis Seminar Pematuhan Kualiti Produk di Tama Teknologi Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan menasihatkan orang Melayu mencontohi kualiti yang ada pada peniaga-peniaga Cina.

Beliau berkata, peniaga Cina lebih bekerja keras dalam menjalankan perniagaan berbanding peniaga Melayu yang kerja separuh jalan.

“Orang Melayu perlu mencontohi Cina untuk berjaya dalam perniagaan. Mereka (peniaga Cina) bekerja keras, untuk kami (orang Melayu) kadang-kadang, kami kerja separuh jalan,” katanya.

Tiada ulasan: