Khamis, 14 Mei 2015

Pergelutan dalam forum GST di UIA

MALASYIAKINI


 


Pergelutan kecil berlaku di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas pihak keselamatan kampus merampas pembesar suara dari Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ketika beliau sedang berucap.

Kejadian berlaku semasa forum berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Rafizi diundang berucap dalam majlis itu.

Selepas tindakan itu, mahasiswa mengebu pihak keselamatan dan cuba berhujah dengan mereka sebelum berlaku tolak menolak.

Selepas beberapa kali ditenteramkan, presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA Hanif Mahpa membatalkan acara itu.

“Jika kami teruskan forum, kami akan hadapi tekanan daripada pihak keselamatan, yang kami rasa tidak perlu,” katanya.

Seramai 300 orang menghadiri acara itu.




1 ulasan:

Semut Api berkata...

persoalannya.. bagaimana kakitangan awam bole hadir memberi berforum dlam Forum Debat GST yang dianjurkan secara tidak sah di UIAM?