Khamis, 21 Mei 2015

Najib arah bantuan kemanusian kepada pelarian Rohingya

MALAYSIAKINI


  


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membantu MERCY Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya sama ada melalui laut atau daratan.

Najib, menerusi catatan dalam laman Facebooknya malam tadi, berkata adalah menjadi prinsip asas belas kasihan sesama insan untuk memastikan mereka yang kelaparan diberi makanan dan air sementara mereka yang sakit menerima rawatan dan bekalan perubatan.

Sebanyak 1,158 pendatang dari Bangladesh dan migran Rohingya dari Myanmar, termasuk wanita dan kanak-kanak, dilapokan telah mendarat secara haram di  Langkawi pada 10 Mei lepas dan angka itu dilaporkan ialah yang terbesar setakat ini.

Anifah ke Myanmar esok

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan melakukan lawatan kerja ke Myanmar hari ini untuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya, U Wunna Maung Lwin.

Anifah, dalam satu kenyataan malam tadi berkata mesyuarat di Nay Pyi Taw itu akan membincangkan isu kebanjiran tidak teratur migran, penyeludupan orang dan pemerdagangan manusia di rantau ini.

Anifah akan diiringi para pegawai kanan kementerian itu. - Bernama


 

Tiada ulasan: