Rabu, 20 Mei 2015

Mengarut diam hingga selesai siasat 1MDB'

MALAYSIAKINI



 
 
 
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membela 1MDB sama seperti memberitahu orang ramai supaya berdiam diri ketika berdepan rompakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata demikian ketika merujuk gesaan supaya 1MDB tidak dihakimi melalui pandangan awam sehingga Jabatan Audit Negara selesai menyiasatnya.

“Minta orang ramai tidak tanya sebarang soalan sehingga laporan ketua audit negara adalah mengarut.

“Ia seperti lihat seseorang merompak dan orang ramai harus tunggu sehingga pendengaran mahkamah selesai barulah bercakap mengenainya,” katanya dalam blog beliau hari ini.

1MDB semalam meminta semua pihak menghormati proses semakan semula yang diketuai Ketua Audit Negara, seperti diarah oleh kabinet, serta menunggu hasil pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bermula hari ini.

Syarikat pembangunan strategik itu juga dilaporkan sebagai berkata 'perbicaraan menerusi media' tidak memberi faedah kepada mereka yang benar-benar inginkan kebenaran.


Tiada ulasan: