Khamis, 7 Mei 2015

Mayat wanita dalam belukar di Cyberjaya

MALAYSIAKINI


 
 
 
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat Cyberjaya.

Mayat ditemui orang awam kira-kira 4.30 petang semalam yang kemudian menghubungi pihak polis.

Turut ditemui berhampiran mayat ialah tas tangan milik mangsa dan sekeping nota.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata kes itu sedang disiasat.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal maut dalam nahas dengan lori membawa batu-bata di Km 25 Jalan Tuanku Abdul Rahman di Sibu pagi semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira 10.35 pagi apabila Jalin Manja, 55, sedang menunggang dari arah Bandar Baru Sibu Jaya menghala pusat bandar untuk pulang ke rumah panjang Rumah Masam di Km 32, Jalan Oya.

Lori itu dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju Sibu Jaya.

Jurucakap polis berkata mangsa dikatakan mahu membelok ke Jalan Oya apabila dilanggar dan diheret sejauh 45 meter yang menyebabkan motosikal dan mangsa yang terperosok di bawah lori terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Ja’afar berkata pihaknya membantu mengeluarkan mangsa dari bawah lori. - Bernama
 
 

Tiada ulasan: